Sabtu, 28 Desember 2013

2 Pelajar Pensyarah Hilang Ketika Mendaki


Kampar – Dua pelajar dan seorang pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar, dekat sini, sesat ketika mendaki bukit di Batu Berangkai, Kampar, petang semalam.

Polis menerima laporan kehilangan mangsa daripada seorang rakan mangsa yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) melaporkan ketiga-tiga mereka sesat, kira-kira jam 6.30 petang.

Mereka dikenali sebagai Goh Kae Min, 22, dan Yap Suan Zi, 21, pelajar, manakala seorang pensyarah dikenali Tang Ying Ying, 35.

Sehingga pagi ini ketiga-tiga mereka belum ditemui. – BH Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar